Persoalan yang bermain di fikiran aku ketika ini, adakah hajat DSAI untuk bertanding pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan kesampaian? Sudah pasti keputusan beliau memilih dari Kulim ke Permatang Pauh adalah satu keputusan yang cukup bijak, dari segi perbezaan majoritinya, jaguh di tempat sendiri dan kepercayaan rakyat di Permatang Pauh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak 1982 sehinggalah perjuangan beliau digantikan oleh isteri beliau, Datuk Seri Wan Azizan Wan Ismail setelah beliau dihumbankan ke dalam penjara pada tahun 1999.
Kita pasti sudah mengetahui bahawa musuh-musuh politik DSAI akan menghalang dengan apa cara sekalipun untuk tidak menjadikan kenyataan DSAI berkuasa semula. Pendek kata, kalau DSAI berkuasa dan dapat memerintah Malaysia, bukan sahaja kekuasaan dan segala kekayaan mereka akan musnah malah kemungkinan mereka juga akan diheret ke muka pengadilan atas sebab kes pecah amanah, salah guna kuasa dan sebagainya. Kes liwat yang dimainkan semula dramanya, salah satu isu yang mahu membawa DSAI kembali ke penjara. Kita lihat bagaimana, semasa DSAI di penjara pakatan di kalangan pembangkang tidaklah sekuat mana, apabila DSAI keluar dari penjara, suara beliau membuatkan rakyat menyokong sepenuh hati dan membuat pakatan pembangkang menguasai 82 kerusi parlimen dan menindakkan 2/3.
Setelah DSWA meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh, kes liwat pun habis disiasat dan diserahkan kepada peguam negara, dan menunggu keputusan peguam negara, adakah kes ini boleh dibuat pendakwaan di mahkamah. Nampak sangat, mereka mahu menyegerakan kes liwat ini, supaya DSAI boleh dihadapkan ke mahkamah secepat mungkin. Inilah satu proses menghalang DSAI bertanding di Permatang Pauh. Kes liwat ini seperti drama yang skripnya cukup longgar dan ingin meniru skrip drama tahun 1998. Ketua Penerangan PKR dan ahli Parlimen Batu YB Tian Chua, menjangkakan DSAI akan ditahan dalam masa 48 jam.
Pengakuan 2 tokoh politik iaitu Tan Sri Dr Koh Shu Koon dan TPM Malaysia, Pak Najib mengakui bahawa memang sukar untuk mengugat kerusi Parlimen Permatang Pauh. Nampaknya strategi politik DSAI agak menjadi dengan mengelirukan lawan termasuk kita sendiri dengan mengatakan akan bertanding di Parlimen Kulim. Pemerintah sememangnya merasakan kekuatan ‘orang sendiri’ DSAI di Permatang Pauh.
Bertanding tetap bertanding tetapi adakah hajat kita mahu melihat DSAI menjadi ahli Parlimen sekaligus menjadi Perdana Menteri akan tercapai disebabkan sang pemain-pemain politik yang rakus ini, berhati syaitan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menyekat kemaraan DSAI dan Pakatan Rakyat. Apa yang kita boleh buat, tunggu dan lihat apa kesudahan drama pemerintah. Sekarang ini kita dalam Pakatan Rakyat perlu memperkukuhkan jentera parti, tolong dan bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan kemenangan yang lebih besar di Permatang Pauh. Ayuh Sekalian Kerana Kita Kena Lawan Tetap Lawan ……
No comments:
Post a Comment