salat time

Friday, September 19, 2008

hantu mata lebam..

8hb Mac 2008 - Suku sakat hantu Raya,Polong,Toyol,Kuntilanak dan Hantu Kopek telah di diludah dan dilumur najis oleh rakyat manusia..kesian..nak buat macamana,rakyat dah tak suka tapi masih nak kacau manusia dengan gangguan yang tak releven lagi seperti mengilai di atas pokok,bertelanjang dan mencuri duit,menghisap ibu jari tuan nya,menyergah manusia secara aktif tak kira siang atau malam,melompat lompat ditepi jalan dan berterbangan menggunakan kepala tanpa badan . Ini semua taktik lama yang rakyat manusia dah tak boleh terima serta tidak lagi menyeramkan .

14 April 2008 - Hantu versi lama iaitu Hantu Mata Lebam yang hensem telah keluar dari kubur(setelah 10 tahun tinggal dialam barzakh) dan telah ber evolusi semula menjadi manusia baru untuk bertanding melawan suku sakat hantu pelbagai jenis(Multi Type Ghost) yang tak mahu-mahu masuk kubur

14 April-25 Ogos 2008 - Hantu Mata Lebam berjaya menarik suku sakat manusia menubuhkan satu Batalion yang dinamakan Kumpulan Bomoh Sejagat untuk mengusir suku sakat hantu Polong,Toyol,Pontianak,Hantu Raya dan Hantu Kopek yang tak mahu mahu masuk kubur dan sombong dengan jatidiri hantu mereka serta tak serik serik membuat kacau selama 51 tahun .

26 Ogos 2008 - Hantu Mata Lebam telah sebulat suara dipilih oleh semua golongan wakil manusia untuk menjadi Ketua Umum Kumpulan Bomoh Sejagat dan mendapat lesen menghalau suku sakat hantu untuk kembali masuk kubur .

16 Sept 2008 - Tarikh permulaan Hantu Mata Lebam memimpin Kumpulan Bomoh Sejagat masuk ke gelanggang untuk mengusir golongan suku sakat hantu hantu jahat masuk ke kubur .

Dari kenyataan Hantu Raya sebentar tadi,Hantu Mata Lebam harus dikuburkan kembali dan dimasukkan kedalam keranda besi yang dipateri dengan besi kursani kerana Hantu Mata Lebam sekarang telah menjadi ancaman kepada dunia keseluruhannya . Hantu Raya sangat berharap agar apabila Hantu Mata Lebam ini dikuburkan maka ianya nanti akan hanya kekal sebagai mitos mitos lama sahaja .


sape la hantu mata lebam tu ek.....

Tuesday, August 5, 2008

SUDAH TERLAMBAT UNTUK DI TERBALIKKAN FAKTA

Hospital Kuala Lumpur hari ini telah mengeluarkan laporan di mana Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam kes meliwat Saiful. Laporan ini telah di bocorkan oleh salah seorang pegawai di hospital berkenaan dan Pejabat Parti Keadilan telah menerima laporan tersebut pada tenghari tadi.

Ternyata Dato Seri Anwar tidak bersalah dan pihak kerajaan cuba untuk mereka cerita demi kepentingan politik mereka. Sejurus menerima laporan tersebut ketua wanita keadilan Puan Zuraida Kamaruddin telah menghadiahkan sejambak bunga bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak hospital berkenaan kerana tulus, jujur dan amanah.

10 Jambak bunga yang di hadiahkan sebenarnya ada motif yang tersirat.

Bunga yang di hadiahkan Puan Zuraida adalah untuk menyampaikan mesej bahawa pihak Parti Keadilan sudah mengetahui mengenai laporan perubatan tersebut. Pihak Hospital agak terkejut kerana laporan yang asal itu telah di bocorkan.

Menurut sumber sejurus laporan perubatan rasmi telah di keluarkan ternyata DSAI tidak bersalah namun Pihak Kerajaan berusaha untuk menukar fakta dengan menyuruh Pihak Hospital untuk menukar kembali laporan tersebut. Namun malang ianya sudah terlambat. Salah seorang pegawai di hospital berkenaan sudah tidak mahu terlibat serta bersubahat untuk melakukan jenayah tersebut. Walau selicik mana sekalipun jika pekara itu benar walau di sorokkan tetap akan timbul kebenarannya.

Dato’ Seri Anwar juga sebelum ini telah membuat kenyataan walau apa sekali pun yang terjadi Beliau tetap akan bertanding walau waktu kempennya berada di Balai Polis. Namun dengan laporan perubatan yang sahih dikeluarkan tidak ada sebab lagi untuk DSAI ditahan.

Jika ramai yang sedar Pihak B.N juga ingin mempermainkan lagi rakyat dengan kenyataan mereka untuk turunkan harga minyak. Jika benar ingin turunkan, turunkan sekarang. Jangan tunggu sehingga pilihan raya kecil tamat. Semata-mata ingin menipu pengundi. Dalam debat baru baru ini mereka memberitahu bahawa minyak tidak boleh diturunkan dan mengangap DSAI hanya beromong kosong.

Tetapi sebaliknya mereka yang tidak bijak dalam mengurus ekonomi. Menurut mereka harga minyak tidak boleh turun kerana mengikut harga pasaran global. Tetapi bila sudah hampir dengan pilihan raya kecil tiba-tiba sahaja ingin menururunkan harga minyak. Adakah ini yang di katakan harga global ? Adakah kerana Permatang Pauh Harga Global minyak terjejas ? Hebat sungguh penipuan keajaan BN. Ini jelas membuktikan mereka tidak pandai dalam ekonomi. Padanlah Malaysia mengalami kemerosotan kebelakangan ini.

Ini merupakan berita gembira bagi rakyat Malaysia. Akhirnya komplot mereka sudah hampir terbongkar dan cerita yang semirip novel ini sudah mahu sampai ke penghujungnya. Nantikan kesudahannya dengan penangkapan seorang demi seorang dari ikan yang kecil hingga ke ikan yang besar.

PENDEDAHAN MENGEJUT: Kerjasama PDRM, Israel dan Singapura

Suatu pendedahan mengejut dibuat oleh akhbar the Star yang mendedahkan bahawa badan Pencegah Rasuah sedang menyiasat satu kerjasama antara Polis DiRaja Malaysia, Israel dan Singapura yang dibuat dengan menyalahi polisi asal Malaysia. Kerjasama tersebut bertujuan membolehkan syarikat Singapura yang diketuai oleh rakyat-rakyat warga Israel membekalkan alat-alat komunikasi istimewa kepada PDRM.




Kerjasama PDRM dengan Isreal dan Singapura ini cukup menghampakan jika benar dan Badan Pencegah Rasuah perlu mengambil tindakan sewajarnya. Dalam keasyikan Israel membunuh warga Palestin dan dalam keasyikan Singapura mengambil Batu Putih dan Wilayah Pembangunan Iskandar, tindakan BN ini, jika benar merupakan satu pengkhianatan kepada Malaysia. Ketua Polis Musa Hasan mengesahkan pihaknya maklum akan kerjasama tersebut.Rakyat diharap turut memberi perhatian kepada isu ini disamping keasyikan pilihanraya kecil Permatang Pauh.




Berikut ialah artikel tersebut:




" The Star (Used by permission)by Lourdes Charles KUALA LUMPUR: The Anti-Corruption Agency (ACA) is investigating how a little-known IT company with little experience became the local partner in the RM1bil project to upgrade the Royal Malaysian Police's communication systems from analogue-based to digital.




The project has since been scaled down. According to sources, the ACA was also probing how a Singapore-based company, several of whose directors are Israeli nationals, was awarded a slice of the project when it was against the Government's directive to do so. The Israelis are said to be former officers in the Israeli Air Force. The upgrading of the communications system would enable traffic policemen, those in mobile patrol vehicles and beat-duty policemen to communicate with each other and with their control centres.




The sources said the authorities had begun their preliminary inquiries into the companies to ascertain whether there was any irregularity in the awarding of the project and whether they could pose a security risk. They said the ACA would call up several people, including police officers and senior government officials to assist in investigations following allegations that the company does not possess the requisite expertise. It is learnt the Home Ministry had first awarded the RM980mil upgrading project to a well-known multi-national company in February. However, in March, the company was informed that a local IT company had been appointed as local partner for the project, causing eyebrows to be raised. With the latest development, sources said the IT company’s involvement in the project has since been limited to enable further discussions on the matter.




Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said police were aware of the involvement of the Israelis in their communications systems upgrading project. “We informed the Home Ministry as soon as we learnt about it,” he said, declining to elaborate. It is learnt that the Government has decided to scale down the project for the time being and had only approved its first phase, estimated to cost around RM42mil.




The IGP had last October announced that the police planned to equip their personnel with hand-held computers, and micro-cameras fitted into walkie-talkies, as part of a massive plan to beef up the force's capability. He had said the police wanted to use such high-tech devices and set up a network of camera surveillance systems to fight crime more effectively. Musa said the force needed to have an e-solution system that would enable them to communicate with police helicopters, airplanes and marine police as well as with their mobile police vehicles.



“The Bukit Aman control centre will use the latest high-tech devices and communication systems to relay, monitor and coordinate operations throughout the country,” he said".Cantik benor la tu. Sibuk-sibuk dakwa Anwar agen Yahudi lepas tu BN sendiri yang jemput Yahudi.


Tindakan kekerasan ke atas seorang wartawan sewaktu program Ceramah Perdana Dato Seri Anwar Ibrahim di Tapak Ekspo Seberang Jaya yang pada 3 Ogos 2008 yang lalu kemungkinan besar adalah tindakan provokrasi pihak tertentu bagi menimbulkan kekacauan di program tersebut dan bagi menjejaskan imej Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya kecil di Parlimen Permatang Pauh yang akan diakan bila-bila masa dari sekarang.

Saya sendiri yang bertugas sebagai sukarelawan bersama “unit ehsan” pada malam itu percaya tindakan memukul wartawan tersebut bukan dilakukan oleh petugas keselamatan yang bertugas pada malam itu. Cuba perhatikan gambar di atas. Dua individu, seorang yang memakai jekat hitam dan seorang lagi yang memakai topi, mereka itu jelas bukan daripada kalangan petugas yang bertugas pada malam itu.

Kami yang bertugas pada malam itu memakai pakaian khas atau “vest” khas yang disediakan oleh pihak parti. Petugas dari Unit Ehsan akan memakai Vest berwarna kuning, petugas UKP dan AMK memakai Vest berwarna biru gelap yang tertera UKP atau AMK di belakang.Dalam gambar sebelah kiri menunjukkan petugas yang memakai Vest biru gelap dari UKP cuba melindungi wartawan tersebut dari dipukul oleh individu yang memakai jekat hitam yang tak dikenali tersebut. Gambar sebelah kanan menunjukkan lelaki yang bertopi yang tidak memakai Vest petugas, mencekik wartawan tersebut. Kedua - dua lelaki tersebut langsung tidak dikenali oleh kami yang menjadi petugas pada malam itu.



Pada malam kejadian kami petugas sedang mengawal Dato Seri Anwar yang sedang berada di dalam kereta untuk keluar dari Tapak Ekspo setelah selesai program pada malam itu dengan mengelilingi kereta beliau. Beberapa wartawan turut berada berdekatan dengan kereta Dato Seri Anwar bagi mengambil gambar Dato Seri Anwar yang sedang bersalam dengan penyokong melalui dari dalam kereta.

Keadaan pada waktu itu agak tegang dengan asakan dari penyokong dan wartawan, dan kami mengawal bagi mengelak ada pihak datang menghampiri terlalu dekat dengan kereta Dato Seri Anwar bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku. Ketika sampai di pintu gerbang kami ada mendengar rungutan dari seorang petugas AMK yang mengatakan ada seorang wartawan yang terlalu agrasif mengambil gambar dan ada beberapa petugas cuba menghalang tindakan agrasif wartawan tersebut tetapi bukan dengan kekerasan.

Selepas itu kami terus mengiringi kereta Dato Seri Anwar terus ke atas highway. Apabila kami pandang ke belakang dilihat ramai orang mengerumuni wartawan tersebut dan pada waktu itu ramai petugas baru selesai mengiringi kereta Dato Seri Anwar ke atas highway. Ada beberapa petugas disitu cuba meleraikan pergelutan tersebut dan ianya dapat dileraikan dalam masa yang singkat. Saya sendiri dapat lihat pergelutan itu ketika berjalan masuk ke tapak eskpo selepas mengiringi kereta Dato Seri Anwar. Pergelutan itu berlaku kurang dari seminit dan berjaya dileraikan oleh unit petugas. Pegawai polis yang berada berhampiran disitu pun tidak sedar ada berlaku pergelutan di situ.

Selepas itu dua individu yang tidak dikenali itu hilang entah kemana. Yang pastinya ramai petugas tidak menyedari akan berlaku pergelutan tersebut dan langsung tidak mengenali dua individu yang bertidak ganas kepada wartawan seperti dalam gambar di atas. Sebab itu saya katakan kemungkinan wujud provikrasi bagi mencemarkan program Pakatan Rakyat.

Ketuanan Melayu atau Rakyat?

Mana yang mahu kita pilih, antara perjuangan untuk bangsa ataupun untuk keseluruhan semua kaum tidak kira bangsa ataupun agama, asalkan dia ialah warganegara Malaysia. Terfikir di benak fikiran aku, apabila aku menulis artikel ‘Adakah Hajat DSAI Akan Kesampaian?’, ramai komentar dari rakan-rakan memperkatakan tentang bangsa ini. Kalau dari pendapat aku sendiri, dalam perjuangan di negara kita yang majmuk ini, kita tidak bolehlah terlalu memperjuangkan bangsa sendiri sehingga kita kadang-kadang lupa akan bangsa yang lain dan sepatutnya bangsa melayu, cina, india dan lain-lain bersatu bagi memajukan Malaysia sehingga menjadi negara yang maju dan bermaruah tinggi.

Apabila kita memperjuangan nasib semua bangsa, bukan bermakna kita mengabaikan bangsa kita sendiri. Seperti janji DSAI, biarpun kita memperjuangkan ketuanan rakyat tetapi hak-hak orang melayu yang terkandung di dalam perlembagaan tetap akan dipertahankan. Mengapa kita cukup takut, kalau memperjuangkan ketuanan rakyat, sesetengan kita lupakan akan akar kita, akar bangsa melayu, malah dituduhkan memperduakan bangsa ataupun hendak jual bangsa. Pandangan sempit dan kurang cerdik ini perlulah dibuang sejauh-jauhnya, kita juga perlu bertanyakan kepada diri kita, adakah kita ini sebenar-benarnya masyarakat peribumi Malaysia yang menetap sekian lama disini. Kemungkinan moyang kita juga adalah dari perantauan tetapi berketurunan melayu. Kita telah diperanak-pinakan dalam beberapa keturunan dan begitu juga dengan bangsa lain. Masyarakat Malaysia sekarang sudah lama berada di Malaysia ini, lahir dan membesar di Malaysia ini. Disebabkan ini, mereka juga berhak untuk menuntut bahawa perjuangan dalam Malaysia ini perlu ada kesamarataan jadi perjuangan ketuanan rakyat ini cukup relevan.

Kita sering menyalahkan bangsa lain disebabkan kita masih kebelakang dari segi ekonomi ataupun kehidupan sosial. Kita tidak mahu menunding jari ke atas diri sendiri, kita kurang maju disebabkan kemanjaan kita sendiri. Bangsa lain maju kerana mereka bantu-membantu antara satu sama dan tiada sifat dengki di dalam hati mereka. Itu sebablah mereka memegang ekonomi Malaysia. Sepatutnya kita perlu belajar dari mereka, tidak perlu ada sifat angkuh dek kerana kita masyarakat peribumi, dan mahu menjadi ketua sentiasa. Kadang-kadang kita lupa bahawa dibelakang kita ada orang-orang susah, yang kaya terus menjadi kaya dan yang miskin terus menjadi miskin. Kita hanya tahu, apabila berkuasa dan ada wang, mahu menindas dan mencantas. Sebelum kita menyalahkan bangsa lain, kita perlu muhasabah diri sendiri dahulu.

Ada seorang rakan berbangsa cina, dia berkata, orang melayu cukup untung kerana memperolehi pelbagai keistimewaan, dari kita lahir hingga ke hari tua. Mereka terpaksa berdikari sendiri untuk membuat sesuatu, oleh sebab itulah mereka maju tanpa ada sifat kemanjaan yang berlebihan dan sekirannya mereka berjaya, mereka akan membantu pula orang yang mahu maju seperti mereka. Kita sepatutnya merebut peluang ini, setiap keistimewaan yang diberikan, sepatutnya kita gunakan sebaiknya tetapi sekarang kita hanya seperti menadah tangan tunggu keuntungan datang dengan sendiri tanpa ada usaha untuk mendapatkannya. Di dalam otak mereka tersemat, apa nak ditakut sudah dalam perlembangaan, sesiapa sahaja menjadi Perdana Menteri, mereka berbangsa melayu, jadi mereka beranggapan mereka tidak akan dijajah oleh bangsa lain, itu sebablah mereka semakin lalai.

Kita lalai dengan hiburan yang terlampau. Mari kita selusuri segenap pusat hiburan, berapa ramai anak muda berbangsa melayu beradan disana. Mari kita tengok pula rancangan realiti TV seperti Akademi Fantasia, Jangan Lupa Lirik, Gangstar dan pelbagai lagi, kebanyakan majoriti peserta adalah datangnya dari orang melayu. Hari ini, ibu ayah menangis bukan kerana kejayaan anak dalam menuntut ilmu agama ataupun ilmu yang boleh membangunkan bangsa tetapi menangis disebabkan anak kalah pertandingan menyanyi ataupun tidak cukup bakat untuk memasuki pertandingan tersebut. Mereka lebih suka anak mereka terkenja-kenja ataupun tergedik-gedik di TV sambil ditonton oleh jutaan yang bukan muhrim, alasanya yang penting niat, sebab itulah banyak fahaman dalam Islam niat menghalalkan cara. Bangsa lain sebuk dengan pelajaran mereka supaya satu hari nanti menjadi pemimpin untuk masa depan.

Itu belum lagi, kes-kes perzinaan dan buang anak, kes dadahnya, seperti penceritaan mak saudara aku, seorang guru, pelajarnya baru tingkatan 2 pernah bertanya kepadanya, bagaimana mahu mengelakkan dari berzina, apabila bertanya, adakah kamu tidur bersama, mereka mengakui,pernah. Satu contoh kes yang begitu mendukacitakan kita. Anak muda sebagai pelapis kepimpinan masa depan telah hancur di kala masih muda.

Artikel ini bukan mahu membincangkan tentang kebaikan atau keburukan ketuanan rakyat tetapi mahu mengingatkan kita kembali, kita takut apabila membicarakan tentang perjuangan semua bangsa, kita jadi takut seakan mahu membunuh bangsa melayu tetapi kita tidak pernah terfikir bahawa isu-isu negatif diatas boleh melumpuhkan bangsa melayu itu sendiri. Takut-takut bukan bangsa lain yang menghancurkan bangsa kita tetapi bangsa kita sendiri jatuhkan bangsa kita sendiri. Kita perlu mengubah sebelum menjadi parah. Itu sebablah aku tekankan perjuangan global perlu bermula dari rumah. Kalau ada DEB, biasiswa, kuota di Universiti dan pelbagai lagi keistimewaan seribu tahun lagi pun, kalau bangsa melayu sudah hancur diperingkat awal, kelak siapa akan rugi. Jadi perlu rebut keistimewaan ini untuk menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Jangan takut dijajah kalau kita boleh menjadi bangsa yang berjaya kelak. Sepatutnya kita bersatu dan bekerjasama dengan semua bangsa, kerana Malaysia ini milik bersama. Apabila nanti bila disoal oleh Allah S.W.T adakah kita seorang yang adil kepada semua bangsa? Semasa itu kita nak jawab apa?Rakan-rakan fikirlah sendiri ….

Adakah Hajat DSAI Akan Kesampaian?

Persoalan yang bermain di fikiran aku ketika ini, adakah hajat DSAI untuk bertanding pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan kesampaian? Sudah pasti keputusan beliau memilih dari Kulim ke Permatang Pauh adalah satu keputusan yang cukup bijak, dari segi perbezaan majoritinya, jaguh di tempat sendiri dan kepercayaan rakyat di Permatang Pauh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak 1982 sehinggalah perjuangan beliau digantikan oleh isteri beliau, Datuk Seri Wan Azizan Wan Ismail setelah beliau dihumbankan ke dalam penjara pada tahun 1999.

Kita pasti sudah mengetahui bahawa musuh-musuh politik DSAI akan menghalang dengan apa cara sekalipun untuk tidak menjadikan kenyataan DSAI berkuasa semula. Pendek kata, kalau DSAI berkuasa dan dapat memerintah Malaysia, bukan sahaja kekuasaan dan segala kekayaan mereka akan musnah malah kemungkinan mereka juga akan diheret ke muka pengadilan atas sebab kes pecah amanah, salah guna kuasa dan sebagainya. Kes liwat yang dimainkan semula dramanya, salah satu isu yang mahu membawa DSAI kembali ke penjara. Kita lihat bagaimana, semasa DSAI di penjara pakatan di kalangan pembangkang tidaklah sekuat mana, apabila DSAI keluar dari penjara, suara beliau membuatkan rakyat menyokong sepenuh hati dan membuat pakatan pembangkang menguasai 82 kerusi parlimen dan menindakkan 2/3.

Setelah DSWA meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh, kes liwat pun habis disiasat dan diserahkan kepada peguam negara, dan menunggu keputusan peguam negara, adakah kes ini boleh dibuat pendakwaan di mahkamah. Nampak sangat, mereka mahu menyegerakan kes liwat ini, supaya DSAI boleh dihadapkan ke mahkamah secepat mungkin. Inilah satu proses menghalang DSAI bertanding di Permatang Pauh. Kes liwat ini seperti drama yang skripnya cukup longgar dan ingin meniru skrip drama tahun 1998. Ketua Penerangan PKR dan ahli Parlimen Batu YB Tian Chua, menjangkakan DSAI akan ditahan dalam masa 48 jam.

Pengakuan 2 tokoh politik iaitu Tan Sri Dr Koh Shu Koon dan TPM Malaysia, Pak Najib mengakui bahawa memang sukar untuk mengugat kerusi Parlimen Permatang Pauh. Nampaknya strategi politik DSAI agak menjadi dengan mengelirukan lawan termasuk kita sendiri dengan mengatakan akan bertanding di Parlimen Kulim. Pemerintah sememangnya merasakan kekuatan ‘orang sendiri’ DSAI di Permatang Pauh.

Bertanding tetap bertanding tetapi adakah hajat kita mahu melihat DSAI menjadi ahli Parlimen sekaligus menjadi Perdana Menteri akan tercapai disebabkan sang pemain-pemain politik yang rakus ini, berhati syaitan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menyekat kemaraan DSAI dan Pakatan Rakyat. Apa yang kita boleh buat, tunggu dan lihat apa kesudahan drama pemerintah. Sekarang ini kita dalam Pakatan Rakyat perlu memperkukuhkan jentera parti, tolong dan bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan kemenangan yang lebih besar di Permatang Pauh. Ayuh Sekalian Kerana Kita Kena Lawan Tetap Lawan ……

Thursday, May 22, 2008

renungkan bersama


Apabila umat Islam sudah lupakan Tuhan dengan melakukan kemungkaran, kemungkaran yang bermacam macam, tinggal solat, dedah aurat, sesat akidah,mencuri, merompak, merogol, menipu, rasuah, hasad dengki, membunuh, memfitnah, mengumpat dan berbagai bagai jenis lagi.Maka kemurkaan Tuhan pun berlaku.

Apabila Allah murka, Allah turun kan bencana sebagai hukuman, bukan saja kepada yang berbuat dosa bahkan kepada semua umat di kawasan itu.Di datangkan orang orang jahat membuat kacau bilau.Di timpakan berbagai bagai penyakit kronik yang menakutkan.Bencana alam pun dilakukan di mana mana, memusnahkan segala galanya.

Di waktu itu hidup pun dalam ketakutan, pergi sana ada perompak, pergi sini ada perogol, jumpa orang kena tipu, dengan polis pun kita tidak selamat,jalan sana ada tanah runtuh, hujan sikit ada banjir, makan minum pun sudah tidak selamat.Air dan udara pun ada racun.Di sana keracunan di sini keracunan.Makanan tidak halal (di kata halal) di dapati di mana mana.Rakyat sama rakyat bercakaran.Pemimpin pemimpin pun sama.Masing masing hendak menegakan ideologi masing masing.Masing masing mahu menegakkan benang yang basah.Keamanan dan ketenangan sudah tidak ada di mana mana.Hidup resah dan gelisah, jiwa sentiasa cemas.Huru haralah kehidupan di mana mana, dunia dah jadi neraka.

Untuk menenangkan semula kehidupan di dunia ini, semua golongan kenalah membaiki diri.Jauhilah kemungkaran, jangan membuat dosa lagi untuk meredakan kemurkaan Tuhan kepada umat manusia.

Bertaubatlah banyak banyak dan buat baiklah segera.Berkasih sayanglah sesama manusia.Bermaaf maafan satu sama lain dan bekerjasama agar Rahmat Tuhan dicucuri semula

Thursday, May 1, 2008



US Marine, posing after writting 'Our God is better than your God'


Cross, painted on Quran by US Marines.

MAY ALLAH S.W.T HELP THE MUSLIMS................



May Allah help the Muslims!
This truth is not shown to the world.
I request you please circulate this wherever possible.


US Marines in mosque.

mengapa perempuan melayu di rasuk.

Mengapa pompuan melayu jer kena histeria??

Message: Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh
kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah
gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina
dan india. Di mana salah nya... ... ..Kita ikuti percakapan antara
bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa
dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka
merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik,
ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera,
ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang
dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2
pengsan dibuatnya!

Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua
bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya
yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan
itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis
melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... ""Siapa
Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat""
""Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak
Mungkin Aku MERASUK... "" ""Aduhai...

kekekeekeeee... Dah, jangan dok mengulor dan mempercayai perkara
tahyul... ..pi buat keja cepat.....

Tuesday, April 29, 2008

Tuesday, April 22, 2008

jangan abaikan solat berjemaah

Apakah kedudukan masjid dalam Islam dan kelebihan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi?
Shaikh Ismail: Masjid adalah tempat yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam. Ia juga adalah salah satu daripada syiar agama kita yang Maha Agung ini.
Malah ada hadis yang menyebut, "bandar yang di dalamnya terdapat lebih banyak masjid daripada gedung perniagaan adalah lebih diberkati".
Tentang Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ini, Rasulullah SAW bersabda: Pahala solat di masjidku ini adalah 1,000 kali lebih baik daripada solat di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam satu riwayat Jabir bin Abdullah r.a. Rasulullah SAW bersabda, "Solat di masjidku ini lebih afdal dari 1,000 solat di masjid lainnya kecuali masjid Haram, dan solat di masjid Haram lebih afdal dari 100,000 solat di masjid lainnya". (riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).
Dalam ayat 35 surah al-Hajj dijelaskan bahawa apabila disebut nama Allah maka gementarlah hati mereka. Bagaimana nak mencapai tahap ini?
SHAIKH ISMAIL: Ini adalah antara ciri tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah di akhirat kelak. Iaitulah orang yang sentiasa menunggu-nunggu waktu solat yang akan datang setiap kali selepas selesai solat.
Untuk mencapai tahap begini, ia perlukan kepada didikan dan asuhan sejak kecil. Dalam hal ini, peranan ibu bapa sangat penting. Anak-anak hendaklah sentiasa dididik melalui pendekatan dakwah bil hal iaitu melalui contoh oleh ibu bapa.
Jika ke masjid jangan lupa bawa bersama anak-anak. Kerah mereka jangan pula hanya ibu bapa ke masjid anak-anak dibiarkan di rumah.
Kalau di sekolah, guru-guru boleh memainkan peranan. Wajibkan mereka solat berjemaah di surau atau masjid di institusi pengajian tinggi pun serupa. Lagipun, mereka yang berjaya selalunya adalah golongan yang istiqamah dalam ibadat terutama solat berjemaah.
Didikan yang berterusan pada usia kanak-kanak selalunya berjaya memupuk budaya cintakan masjid. Sebab itu, ada kejayaan sekolah-sekolah berasrama dalam membentuk remaja yang kekal solat berjemaah di masjid atau surau.
Salah satu perkara yang terus menjadi perbahasan ialah mengasingkan kanak-kanak daripada bapa semasa solat. Ini adakalanya menjadi penghalang proses mentarbiah anak-anak ke masjid. Apakah pendekatan terbaik dalam hal ini?
SHAIKH ISMAIL: Kaedah fikah telah menetapkan kedudukan saf dalam berjemaah iaitu lelaki, kanak-kanak dan kemudian wanita. Ini bermakna kita mengalu-alukan kanak-kanak datang berjemaah.
Ibu bapa pula perlu memberi nasihat kepada anak masing-masing supaya menjaga adab dan disiplin di masjid agar tidak mengganggu jemaah lain beribadat. Barangkali umur paling sesuai membawa anak ke masjid ialah 7 tahun sebagai mana hadis Rasulullah yang menyuruh ajarkan anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun.
Kalau masih terlalu kecil, elok mereka dilatih di rumah dahulu tentang adab solat berjemaah dan tidak bising semasa kita solat.
Kita sentiasa mengalu-alukan ibu bapa yang membawa anak-anak yang sudah diasuh tentang adab dan tingkah laku berada di majlis. Apa yang menjadi masalah kepada para pegawai masjid ialah sikap sebilangan ibu bapa yang lepas tangan dan biarkan sahaja anak mereka berlari-lari membuat bising di masjid.
Banyak masjid kini menyediakan pelbagai program ilmu sama ada fardu ain atau fardu kifayah. Malah kita juga suka kalau anak-anak datang bermain di kawasan masjid seperti main bola, sepak takraw. Cuma mereka mestilah menutup aurat dan apabila masuk waktu solat hendaklah sama-sama tunaikan solat secara berjemaah.
Pendekatan sebegini lama-kelamaan akan menarik mereka sentiasa mahu berdamping dengan rumah Allah dan bukannya menjauhkan diri daripada masjid.
Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda, Dan dari Aisyah r.a ia berkata, Saya melihat Rasulullah menutupi saya waktu saya melihat orang Habsyah bermain (pedang) di masjid. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Kalau kita lihat di Masjidil Haram atau Nabawi, jemaah boleh beriktikaf malah tidur di dalamnya. Adakah jika masjid-masjid kita turut membenarkan perbuatan ini boleh menarik lebih ramai mengunjunginya?
SHAIKH ISMAIL: Masjid di negara kita pun memang benarkan tidur untuk beriktikaf. Cuma jangan sampai ada yang mengambil kesempatan disebabkan contohnya ada pendingin hawa maka dia datang ke masjid lalu tidur.
Kita suka kalau ramai yang beriktikaf di masjid, baca al-Quran dan tunaikan solat-solat sunat setidak-tidaknya tahiyatul masjid. Itu memang bagus.
Lagipun di Masjid Negara ini kita sentiasa menerima lawatan pelancong, jadi kalau umat Islam sentiasa ramai yang beriktikaf dan solat tahiyatul masjid, barulah ada adab berada di rumah Allah.
Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW, Apabila seseorang di antara kamu masuk ke masjid, maka janganlah ia duduk sebelum ia solat dua rakaat. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Bolehkah datuk jelaskan ayat 18 surah at-Taubah Allah jelaskan kriteria orang yang memakmurkan masjid?
SHAIKH ISMAIL: Ayat itu bermaksud, Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut), mudah-mudahan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (at-Taubah: 18)
Antara faktor yang boleh mencapai tahap ini ialah menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau. Solat berjemaah juga menjadikan kita lebih peka kepada rakan-rakan. Contohnya, apabila ada di antara rakan yang tidak hadir berjemaah maka kita akan bertanya di manakah beliau, adakah sihat atau sakit dan sebagainya.
Cuma yang nak saya sebutkan di sini ialah majoriti umat Islam di negara kita menunaikan solat. Apa yang kurang diamalkan ialah solat berjemaah. Kita sering lihat orang Islam solat di pasar raya semasa membeli-belah, di kawasan rehat dan rawat lebuh raya dan juga di lapangan terbang.
Sayangnya, mereka pilih untuk solat bersendirian sedangkan solat berjemaah itu pahalanya 27 kali ganda berbanding solat sendirian. Tambahan pula, solat berjemaah itu hukumnya fardu kifayah.
Kalau kita lihat masyarakat Islam dahulu, mereka berkorban untuk mengimarahkan masjid dan surau. Masjid dahulu kedudukannya agak jauh dari rumah dan hanya menggunakan pelita atau lampu ayam. Orang tua-tua dahulu pun majoritinya tidak mempunyai kenderaan tetapi mereka tetap berusaha datang berjemaah.
Kini majoriti kita lebih mewah berbanding masyarakat dulu. Masing-masing mempunyai kenderaan baik motosikal atau kereta. Jadi, tiada alasan untuk kita tidak ke masjid solat berjemaah. Malah, Allah juga telah berjanji bahawa setiap sen yang dibelanjakan untuk jalan-Nya akan diganti.
Lagipun, kalau bersendirian, adakalanya datang rasa malas untuk solat pada awal waktu. Sebaliknya apabila berjemaah bukan sahaja kita solat di awal waktu tetapi kita juga lebih khusyuk. Selepas solat, kita boleh pula melakukan ibadat sunat yang lain seperti solat sunat atau membaca al-Quran.

cartoon


good